CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 23 October 2011

Cancer Awareness Walkathon

Perwakilan Muscat ingin mengundang para ahli Perwakilan Muscat untuk sama-sama menjayakan Cancer Awareness Walkathon yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2011 (Selasa), pukul 3.30 petang bertempat di hadapan Ministry of Justice. Kepada yang berminat, sila berikan nama anda kepada Puan Radziah Omar (24698543) atau Puan Jariah Abdul (96690408) selewat-lewatnya pada pukul 3 petang hari ini. Marilah kita sama-sama memeriahkan acara ini sambil beriadah dan beramal...

Saturday 22 October 2011

MAJLIS RUMAH TERBUKA T.Y.T DUTA BESAR SEMPENA AIDIL ADHA


T.Y.T. Ambassador Dato’ Rustam Yahaya dan YBhg Prof Madya Datin  Dr. Musrifah Sapardi akan menghoskan acara Rumah Terbuka bersempena dengan  sambutan Aidil Adha pada pagi 6 November 2011 bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Muscat di alamat Villa 1648, Way 3019, Shatti Al Qurum, Muscat selepas Solat Sunat Aidil Adha. Tuan/Puan seluruh warganegara Malaysia adalah dengan segala hormatnya di jemput hadir.

Kedutaan juga ingin memaklumkan bahawa acara pada hari tersebut juga melibatkan ibadat Kurban. Dalam hubungan ini Kedutaan ingin menjemput Tuan/Puan untuk menyertai ibadat kurban bersama-sama dengan Kedutaan Besar. Tuan/Puan boleh memaklumkan kepada Encik Shahril Bin Rahmat, Setiausaha Ketiga Kedutaan dengan menelefon +96896512759 (hp) atau +96824698329/8643 (pejabat) sebelum hari Rabu, 26 Oktober 2011.