CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 December 2011

MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAMAH MESRA BERSAMA YABHG. TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA


Bagi pihak T.Y.T. Ambassador Dato’ Rustam Yahaya dan YBhg Prof Madya Datin  Musrifah Sapardi, sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar akan menganjurkan majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri Malaysia bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia di Muscat di alamat Villa 1648, Way 3019, Shatti Al Qurum, Muscat pada 16 Disember 2011 jam 7.00 malam.

2.         Sehubungan dengan ini tuan/puan suami isteri dan anak yang telah dewasa dijemput hadir untuk memeriahkan acara makan malam tersebut dan dapat beramah mesra dengan bekas Perdana Menteri kita.

3.         Untuk memudahkan perancangan majlis serta penyediaan makanan dan tempat, Kedutaan amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat mengesahkan kehadiran pada atau sebelum 12 Disember 2011 melalui emel atau menelefon ke talian 2469 8329/2469 8643.

4.         Memandangkan tidak semua rakyat Malaysia telah mendaftar dengan Kedutaan Besar dan pengkalan data rakyat Malaysia masih belum lengkap, tuan-tuan dan puan-puan dimohon untuk menghebahkan jemputan ini kepda rakan-rakan yang lain.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment